Orang Utan


.

Di Bukit Merah Lake Town Resort, memang terkenal dengan Orang Utan. Saya tak adalah berminat sangat dengan Orang Utan, tetapi rasa seronok juga dapat mengetahui sedikit sebanyak kisah Orang Utan.

Tambang ke Pulau Orang Utan bagi dewasa adalah RM17 dan kanak3 adalah RM13. Agak mahal kan? Harap3 Dato' Mustafa Kamal dapat pertimbangkan harga tambang ke Pulau Orang Utan nuh, rasanya sangat mahal sahaja especially bagi mereka3 yang kurang berkemampuan untuk kesana.

Perjalanan ke Pulau Orang Utan adalah lebih kurang 15 minit menaiki bot yang disediakan oleh BMLTR.

Sampai3 sahaja, bleh tgk beberapa ekor Orang Utan muda bermain3 sesama sendiri di tepi tasik. Sangat gembira sahaja. Sebenarnya sudah beberapa kali saya ke Pulau Orang Utan, sebab rasa seronok, kalau singgah di BMLTR, pasti saya akan datang ke Pulau Orang Utan untuk tengok seekor Orang Utan bernama Mike. Tapi kali ni, si Mike nuh tak ada, sebab demam, jadi beliau di kuarantin. Hu3.


Sebenarnya Orang Utan neh, hampir 98% adalah meyerupai sifat manusia. Orang Utan betina, mengandungkan anak mereka selama 9 bulan, malah Orang Utan betina juga 'datang bulan' macam perempuan dewasa. He3. Masa dengar penerangan yang diberikan oleh tourist guide tu, gelak3 juga kami.

Anak-anak Orang Utan yang dilahirkan di Pulau Orang Utan akan dipisahkan dari ibu mereka untuk tujuan re-productive yang pantas, sebab menurut mereka, Orang Utan betina tidak akan mengawan sehingga anak mereka berumur 4 tahun kerana ibu Orang Utan akan mengendong anak mereka kemana sahaja.

Jadi mereka (org3 yg menjaga Orang Utan tu la) akan menjaga baby3 Orang Utan neh dan menempatkan mereka ke dalam ICU. Akan dijaga seperti baby manusia jugak, pakai pampers, minum susu.. main mainan.. haha.. Tengok ni, baby Orang Utan yang tgh tdo pakai pampers..