Mimpi Buaya dan Mimpi Anjing


.


Semasa saya berada di Pangkor, saya telah termimpi (ter kah?) satu mimpi. Saya bermimpi semasa saya sedang melaksanakan Qada' Hajat Besar, seekor buaya ala3 alligator telah masuk menerobos melalui tingkap jamban. Sangat hairan cammana seekor buaya boleh memanjat tingkap jamban kan? Ha~ itu lah yang dinamakan mimpi. Tapi buaya terbabit sangat besar. Lebih tinggi dari saya yang mempunyai ketinggi 165cm ini.

Buaya terbabit berdiri depan saya dan sebab takut, saya buka pintu jamban dan melarikan diri. Buaya tersebut terus ikut saya dan berenang ke kawasan laut terbuka yang dipenuhi ramai orang sedang mandi manda. Nasib buaya itu tidak dapat mengapa-apakan saya. Dan mimpi itu berterusan sehingga saya tersedar pada paginya.

Dan sesampai saya ke rumah, saya terus buka Buku Tafsir Mimpi untuk melihat apakah yang petandanya jika bermimpi buaya adalah seperti berikut :

Jadinya, musuh (MUSUH) saya sedang cuba melakukan khianat. MUSUH yea, adik3, bukan 'kawan' yang bermusuhan. Jadi saya perlu berhati3 kepada 'musuh' tersebut. Musuh yang tidak pernah dianggap kawan.

Pada saya.. Jangan pernah nak tunduk pada syaiton. Jangan pernah nak mengalah pada syaiton. Biar musuh kita itu perangai umpama syaitan, harung je la, nak wat cam ne. Saya sedang melalui takdir3 saya.

Bulan lepas pula, saya telah bermimpi digigit anjing, dan 2 hari selepas itu, musibah keatas projek saya telah menimpa dan menyebab kan saya kesusahan teramat sangat. Saya masih ingat dengan jelas anjing tersebut telah mengeget kaki saya. Menurut orang tua-tua, jika kita mimpi anjing mengigit kaki bermakna ada benda tak baik akan berlaku. Kalau tak kena gigit tu, cerita lain, tapi sebab dah gigit, memang sesuatu yang buruk akan berlaku. Dan ianya benar-benar berlaku.

Jadi, kedua-dua mimpi terbabit, saya jadikan sebagai satu 'petunjuk' sahaja supaya saya berhati-hati, kerana saya terlibat didalam dunia business. Supaya saya berhati-hati, insyaallah.

*peringatan : buku tafsir mimpi itu bukan 100% benar, jadi jangan menjadi kufur kerana terlalu percaya. Ianya hanya sekadar bahan rujukan sahaja.