Kenangan Dulu-Dulu


.

Masa tgh nak housekeeping bilik saya di kampung, Melaka enam bulan lalu, saya telah menemui beberapa barang yang lama. Ni antaranya :

Radio ni pemberian ayah yang amat berharga pada saya pada masa itu. Maklumlah, saya tidak dibenarkan ayah menonton TV sebarangan (sebab dia mahu saya study betul3). Jadi dia menghadiahkan saya radio kecil ini (sebelum dia membelikan saya sebuah radio besar) selang beberapa tahun kemudian). Ni ayah bagi ketika saya berada di tingkatan 3. Sangat lama sahaja rupabentuk nya kan?

Ini pula ialah pemberian dari 'sesaorang' ketika saya belajar di UK dahulu. Beliau ketika itu studi di Korea. He3. Kotak berisi hadiah apa entah (saya tak ingat) dikirimkan kepada bf seorang housemate saya ketika itu. Apa nama beliau, entah, saya pun tak ingat. Ha3. Masa muda3 kan nakal3 admire sana sini. Rasanya kotak ini suda berusia lebih dari 11 tahun. Masih elok lagi, wah!

Ini adalah antara barang kesayangan saya, camera Canon entah apa model tak tau la. Ayah menghadiahkannya kepada saya. Benda alah ni beliau beli semasa beliau belajar jurusan kejuruteraan beliau di Australia. Dari sini saya memulakan minat saya mengambil gambar, dan pernah juga memenangi beberapa pertandingan mengambil gambar ketika saya rumaje dulu3. Malangnya camera ini suda rosak apabila saya 'menurunkan' nya kepada adik lelaki saya. Hmm.. budak3 lelaki, mana tau menilai harta.

Yang ini bila saya ingat, saya senyum3 sahaja. Kalau budak3 zaman sekarang tengok, memang tatau lah apa benda ni kan? Ni ialah disket. He3. Gedabak bapak kan? Saye pun lupe disket ni dipanggil apa, tetapi dulu, dianya adalah Drive: B. Disket ini kenangan saya ketika membuat praktikal selama 3 bulan (ke 6 bulan? tak ingat la plak) di SIRIM dahulu ketika menuntut di Mara, sebelum saya terbang ke UK untuk menyambung pengajian. Sangat besar saje disket ini, tetapi kapasiti lebih kecil dari Drive A sebenarnya.


Ha, dua buku diatas ni ketika saya sedang belajar diploma. Semuanya mengenai asas programming. Sangat lapuk sahaja, kerana sekarang suda advance. Buku ini pun sudah berusia lebih dari 12 tahun, masih berkeadaan elok. =) Alhamdulillah, saya menamatkan ijazah ketika usia 22 tahun.