
Semasa melawat Kak Mah, salah seorang pekerja saya di Perlis, beliau telah membelikan saya buah anggur perlis ini. Saya tak pelik kerana pernah melihat buah anggur ini sebelum ni di rumah kenalan saya yang beliau tanam sendiri di Kodiang, Kedah. Tapi yang Kak Mah berikan ini sudah di komersialkan dan dijual di gerai.
Rasanya? Manis dan tak ubah seperti anggur import. Cuma getahnya banyak sedikit dari anggur biasa. Gatal tekak dan sedikit batuk-batuk dibuatnya.
Jadi, semasa pulang ke Holiday Villa tempat penginapan saya semasa di Kedah, saya telah memberikan satu kepada bell boy disitu =)
Terima kasih Kak Mah. Semasa pulang, selain buah anggur Perlis ini, dia turut membekalkan kerepek sebagai kudapan untuk saya kudap3 di dalam kereta.
This entry was posted on Wednesday, June 2, 2010
and is filed under Merapu Saya. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can skip to the end and leave a response.
Post a Comment