Ke Kinokuniya & Coffee Club Express Cafe


.

Hari ni, kuwa ke KLCC. Sebab sebenarnya ada urusan di KLCC dengan pekerja-pekerja disana. Jadi, dah terus di KLCC, lalu saya naik ke Kinokuniya untuk melepak-lepak baca buku. Oleh kerana perut berkeroncong, maka saya gi la naik ke cafe bahagian atas Kinokuniya, terus ke Coffee Club Express Cafe (CCEC).


Saya tak pernah ke cafe ni, tapi melalui bacaan di blog Ichigo Fields Forever, saya dapat tahu ni lah satu3nya franchise cafe CCEC yang terdapat di Malaysia. So hentam aje la, sebab perut da lapar. Paham2 ajelah mana3 kedai makan / cafe kat KLCC ni pada hari Ahad, mmg penuh, jenuh nak menunggu dan cari tempat duduk. Tapi alhamdulillah, kat cafe neh, tak ramai orang pown, mungkin sebab orang tak perasan ada cafe kat sini kot? Sebab lokasinya pun dalam Kinokuniya bahagian atas pulak tu.

Harga makanannya standard harga Coffee Bean dan lain3 international franchise. Jadi saya pun cuba sahajalah memandangkan ni la kali pertama pun makan3 di situ. Saya order Solomon quiche (ala3 pie la) dan minuman kegemaran saya ~ Mocca Ice Blended. Sekali hidangannya macam ni

- Solomon quiche -

Memula rasa cam pelik aje dihidangkan dengan salad sayur tu, sayur ape ntah? Cam sayo kubis ijau. Argh, bebetul tatawu ape kenama sayo terbabit. Sekali rasanya sedap gyle arh.. sbb dicampur dengan rasa masam + masin + manis perencah salad nuh. Mang ai.. mmg ta boleh melah rasanya sangat sedap! Habis sayur salad terbabit saye makan sebelum makan pie itu sendiri. Ha3. Solomon quiche nuh pun sedap. Mocca Iced Blended rasanya sangat bersesuaian dengan saya yang tak suke memanis ni, rasanya tawar tapi sedap! Puas hati! Pekerja3 situ pun ok3 dengan senyuman manis.

Design cafe nya simple sahaja. Tak ambil gambar pun, sebab segan pula nak snap gambar sana sini, he3. Tapi selesa ouh! Rasa nak duk situ dan tdo situ jerp. He3.

Next time kesini, memang akan makan disini untuk mencuba menu yang lain =D