Felda Residence Hot Springs Sungkai, Perak


.

Salam, lama nak update entry tapi tak berkesempatan. 16 Julai hari tu, saya ke Felda Residence Hot Spring (FRHP) di Sungkai. FRHP ni, susah nak booking, sebab memanjang aje penuh, tapi adalah rezeki saya pulak minggu tu, dapat lah booking. Booking kat sini kena bayar dulu, taleh main booking2 sesuka hati anda.. hehe... anyway, kalo nak g booking leh contact sini :

Felda Residence Hot Spring Hotel
03 - 2698 3833 ext 112

Saya tabanyak ambil gambar, sbb saya pernah ke sini 3 kali, jadi saya hanya amil sikit2 je la gambar nya. Tempat ni, sesuai untuk mandi manda panas2 (nama pun Hot Spring) ~ air mata panas gunung. Tataw la apa khasiatnya mandi air panas neh, tapi kalo org tatahan, mmg tabuleh mandi / berendam. Kebiasaannya, hanya dibenarkan berendam selama 30 menet sahaja. Jika lebih, leh pening kepala. Saya ta berendam dalamnya..

Emm.. saya nak komplen pasal hotel nya. Bayaran bleh tahan la untuk standard bilik cam tu, tapi biliknya alahai, ala kadar sahaja. Bilik tak dicuci dan dibersihkan dengan teliti pun. Banyak kotoran kat toilet dan daki2 yang tidak di cuci oleh macit cleaner dan terdapat habuk kat kawasan mini pantry nya. Saya terpaksa lap2 sbb saya tasuke dengan kekotoran.

Mebe FRHP amik macit2 cleaner yang suda tua2, mata mereka ta berapa na nampak kotoran kat toilet gamaknya. Then satu agy, FRHP cam na jimat dan kedekut, sabun mandi, dibaginya 1 sahaja, hahhahaha, adoyai, then sabunnya murah habis dengan odorless pulak tu! Baw ape tataw la sabun tu, mmg baw chemical habis. Cuih.. jimat sangat la FELDA neh.. huhuw. Nasib air shower laju dan panas.

Kat bilik saya tu, TV rosak pula. Terpaksa panggil technician membetulkannya. Last2, tukar TV lain. Nasib ada ASTRO, tade la komplen lelebih.

Makanan kat Meranti Cafe bleh, tade la sesedab mana. Masa 1st time saya datang dulu, udangnya busuk, tapi kali ni ok la. Kami order makanan masuk ke bilik sahaja, dan yang kelakarnya, mereka bagi dalam container plastik, hahahha ~ sangat tak hotel. Tade pinggan?! Ingat main tapaw2 ka? Tapi saya ske ngan koteow goreng nya, bleh tahan sedab. Yang lain2 out. Dari segi harga, sangat reasonable.

Yang lelain, ok. Layanan pekerja2 kat situ, ok ok belaka especially Front Desk :D mesra pelanggan.

Saya suka dengan Private Jacuzzi. Sejam RM75. Mandi la bogel2, tade sapa nak heran. Ha2. Air panasnya leh kontrol sniri.. nasib bilik2nya bersih dan cozy.

Kat sini ada public pool juga. Ada 2 tempat, satau Free dan satu lagi berbayar. Yang berbayar tu ala2 Mini Wet World lah, selalu hujung2 minggu memang ramai org datang sini, saya tapasti airnya manas ke idak, sbb saya tak masuk ke public pool. Korang leh rendam2 kaki gak kat pool situ. Panas taw air nya.. dan ada juga kolam yang sederhana panas. Selain dari tu, korang leh gak masak telor ayam ke telor itek ke. Telor2 ada disediakan, tapi kena beli la. Sapa2 ske telor, leh rebus.