Ramadhan yang penuh Kesedihan I


.

Salams. Thanks to angot sbb bawakkan lappy ke opistaL selepas saya menjalani pembedahan. Kalo tak, maw saya menghadapi kebosanan yang teramat kronik tahap raja yang tidak mempunyai kingdom.

Saya, seorang yang sebenarnya sangat sangat happy dan boleh buat lawak dikala kesedihan, sedih bukan? Saya dilahirkan sebagai entertainer dalam keluarga saya. Saya penglipur lara bagi kedua ibu bapa dan adik2 saya. Saya sukar untuk sedih dan apabila saya sedih, saya tetap juga akan melawak. Sedih bukan?. Tapi itulah saya.

Ibu saya telah pergi dijemput ilahi pada 07 August 2011. Hari ni genap lah 11 hari beliau disemadikan di kampung beliau di Melaka. Ianya tamparan hebad kepada saya dan saya hampir2 tidak dapat menerima qada` dan qadar Allah yang telah Allah tetapkan. Tetapi, kerana orang2 sekeliling saya menasihadkan saya supaya menerima takdir yang Allah telah tetapkan dan dunia ini hanya pinjaman semata2, saya memaksa kan diri menerima ketiadaan beliau lagi.

Namun saya menenangkan hati saya bahawa bonda saya pergi pada Ramadhan, bulan yang mulia. Orang yang saya sayang cakap Allah mengangkat siksa kubur di bulan Ramadhan ini :) alhamdulillah, setiap hari saya mendoakan ibu dan tiada hari saya gagal membacakan Yasin paling kurang pun 3 kali sehari selepas solah (kecuali ketika saya sedang manses), untuk bonda sebagai bekalan bonda di alam sana. Moga segala bacaan Quran saya untuk bonda sampai kepadanya tanpa ditapis oleh Allah. Mudah2an.

Mudah2an bulan Ramadhan ini, segala apa yang saya lakukan untuk bonda akan sampai pahalanya kepada bonda. Insyaallah.

Sebenarnya, semasa saya menulis blog ini, kesedihan saya sangat berganda2 setelah berlaku beberapa kejadian yang sungguh trajis, yang hanya berlaku pada saya pada Ramadhan ini. Ramadhan ini adalah Ramadhan yang sangat kesedihan untuk saya. Dari awal hingga akhir. Saya cuma hanya mampu berdoa supaya Allah berikan sedikit kebahagiaan kepada saya :)