My Girlfriend is Gumiho


.


Ahahahahha... baru3 ni download cite bersiri Korea ~ My Girlfriend is a Gumiho. Semua sekali ada 16 siri.

Alahai, cutenya cerita ni. Mengisahkan seorang lelaki kaya raya (Cha Tae Woong) yang sangat spoiled dan ske buat huru hara, dibela oleh datuk dan makcik nya , telah pergi melarikan diri ke sebuah tample dan secara kebetulan telah melukis ekor sebanyak 9 ekor kat seekor serigala lagenda di Korea yang dikenali sebagai Gumiho.

Gumiho ini pula ialah jelmaan serigala-manusia yang (dikatakan) sangat cantik yang ekornya ada sebanyak 9 dan mencari calon suami demi untuk merubah dirinya dari seekor serigala kepada manusia biasa. Gumiho neh, asik nak makan daging aje.

Jadi, bayangkan la dye akhirnya telah berjumpa dengan lelaki cute dan manje tu, apa jadi la kan? Hi3. Saya baru je na melayan awal siri neh.. masih lom suspen3 agy..

Saya bukannya kenal sgt dengan pelakun3 Korea yg comel3 ni, bagi saya , semua pelakun dan org3 korea, muka mereka sama aje.. he3.. saya tadapat nak beza.. sobs..

The Hero ~ Lee Seung-gi
Saya suke ngan beliau ini, selain comel, saya ske mulut & bibir dye yg agak unik *ngee*

Part 1
Cha Tae Woong telah berjumpa dengan jelmaan jelita Gumiho. Semasa melarikan diri ke hutan akibat ketakutan selepas melukis ekor ke 9, Cha Tae Woong jatuh kedalam gaung, dan hampir mati.

Tanpa disedari, Cha Tae Woong telah diselamatkan oleh Gumiho. Gumiho ni sebenarnya ada 'bead' sakti dalam badan dye yang sebenarnya 'kuasa sakti' yang memberikan kekuatan kepada Gumiho itu sendiri. Sebenarnya 'bead' tu adalah nyawa Gumiho. Jadi, dengan sukarela, Gumiho tu bg 'bead' dye kepada Cha Tae Woong untuk menyelamatkan nyawa Cha Tae Woong.

Part 2
Oleh kerana 'bead' tu dah diberikan kepada Cha Tae Woong, Gumiho terpaksa ikut Cha Tae Woong kemana sahaja dye pergi. Mereka takboleh berenggang.

Cha Tae Woong pula menghadapi kesukaran sebab datuk dye dah block semua perbelanjaan dye. Cha Tae Woong pulak terpaksa menanggung perbelanjaan makanan Gumiho. Gumiho ni asik nak makan daging je kerjanya. Hari3 daging. Daging3.

Dalam masa yang sama, seorang pemburu Gumiho berusaha menjejaki Gumiho untuk dibunuh. Kat sini la thrill bermula.

Part 3
Dalam part ni Gumiho yang telah diberi nama Mi Ho oleh Cha Tae Woong telah berjumpa dengan 'pemburunya' disebuah supermarket. Pemburunya itu juga bukan manusia biasa seperti Gumiho juga. Then beliau sgt cute! he3.

Atuk kepada Cha Tae Woong kebetulan datang ke tempat tinggal Cha Tae Woong dan Gumiho terserempak dengan mereka secara sembunyi3 dan terdgr perbualan mereka, dan atuk Cha Tae Woong menyangka kan yang Cha Tae Woong telah berubah kerana Cha Tae Woong berusaha mencari kerja dan wang semata2 untuk menyara makan pakai Gumiho.

Cha Tae Woong plak, terlepas audition untuk jadi pelakun dan kerana marahkan Gumiho yang menyebabkan dia terlewat ke audition, Cha Tae Woong cuba meninggalkan Gumiho diatas sebuah kapal persiaran (dimana Gumiho sangat takut berada dikawasan lautan yg luas).

Part 4
Gumiho telah diperdaya oleh orang yang hendak memburunya. Niat sebenar orang tersebut ialah untuk membuatkan Gumiho kembali kedalam lukisan yang terletak di sebuah kuil semula.

Perubahan drastik Gumiho membuatkan Cha Tae Woong merasa pelik, kerana Gumiho tidak mahu mengikut Cha Tae Woong kemana2 lagi dan kurang selera makan daging.

Dalam masa yang sama, Gumiho tanpa menyederi telah memperlihatkan 'keluarbiasaan' dia di khalayak umum.

Semasa pulang dalam keadaan mabuk selepas diugut oleh girlfriend Cha Tae Woong, Cha Tae Woong secara tidak sengaja telah terlepas cakap kepada Gumiho untuk pergi dari situ. Gumiho serba salah..

Part 5
Gumiho benar3 telah pergi dan meninggalkan Cha Tae Woong. Dye mula mengganggu pelajar3 kolej. Kemudian dia dikejar oleh pemburu Gumiho.

Cha Tae Woong pula tidak mempedulikan Gumiho langsung dan kembali kepada zaman jahiliah dye dengan berpoya3 dan kembali kepada kehidupan mewah dye.

Tetapi Cha Tae Woong dan Gumiho kembali bertemu setelah Woong mendapati yang dye taleh idup tanpa 'bead' si Gumiho sebab organ dalaman dye belum benar3 puleh dan memerlukan masa rehat yang panjang untuk pulih. Tanpa bead tu, Cha Tae Woong taleh melakukan aksi3 ngeri dlm filem yang telah ditawarkan berlakon.