Compact Powder Revlon


.

Salams..

Last week, ada sudah sampai masa nak membeli compact powder untuk kegunaan harian. Untuk kegunaan ke tempat kerja, biasanya saya memakai Revlon Compact Powder 08 (Honey Beige) sahaja, jenama biasa3 yang sesuai dengan saya.

Saya ke Watson di JJ Bukit Tinggi untuk membeli dan wallah! Ada sales lah, beli 1 dapat 1 refill. Saya rembat 2 setiap satu beharga RM69. Erm... packnya pun sudah berubah, ianya berbentuk panjang sedikit berbanding dengan pack sebelum ni yang agak lebar. Tapi Honey Beige tade la pulak.. yang ada 06 - Naturan Beige. Hentam je la labu. Kikiki..

Yang atas tu design baru, di mana yang bawah, design lama

Selain berubah bentuk luarannya, bentuk sponge dalam dye pun da nipis gyle. Alahai, kecewa plak saya bila Revlon dan menipiskan sponge muka tu, bila disapu kat muka, dah tak ada feel. Cam benda murah plak tu. Hmm.. nak jimat la tu..


Selain Revlon, Saya memakai beberapa foundation antaranya :

Dari kiri ~ Cyber Color tu entah jenama apa, lupa sudah. Yang ni selalu juga saya pakai kalo nak keluar gi kenduri / bersiar2. Senang aje nak bersihkan.

Revlon Photo Ready ~ Hak ni, sangat jarang saya pakai, tapi sapuan nya kat muka sangat nampak natural, cuma ianya kalis air dan sangat-sangat susah nak dibersihkan. Kena beli make-up remover yang berminyak tu untuk membersihkan muka. Saya pakai ni especially waktu datang bulan je, sbb susa nak bersihkan time nak solat. Seksa woo.. amik masa, then kalis air kan, nak angkat air sembahyang mmg susah la. Mmg takleh cuci ngan sabun biasa3 punya. Selalu kalau nak pakai ni sesuai untuk function3 formal.

Krayola TV Stick ni pun salu kalo nak jenjalan pun saya ske pakai, cuma ianya agak berminyak sket. Kalo nak jalan jauh, saya prefer pakai Krayola ni. Susah juga nak cuci, tapi tak sesusah revlon tu..

Maybelline Clear Smooth ni saya beli da lama, tapi tak buka lagi, he3. Yang ni saya tak berapa suka, sebab tak kekal lama kat muka.