Ais Krim Sedap Nye!


.


Owh yea, ketika pergi ke Cameron Highland 2 minggu lalu, saya ada ke pasar pagi yang terletak berhampiran Balai Polis / Quaters Polis tu. Ketika bizi3 membeli sayur2an dan barang3 lain, saya ada terjumpa satu gerai menjual ais krim. Pelik aje kan, jual aiskrim di tempat sejuk, tapi entah kenapa, saya beli gak, sbb cam besh aje aiskrim tu.

Jadi saya pun beli la aiskrim chocolate + mocca dan adik saya membeli ais krim stoberi. Bila makan aje, sedapnya!! Mmg tak pernah rasa sedap betul rasa macam aiskrim mahal3 gitu. Walau agak mahal (bg standard mangkuk kecil) iaitu RM3.50 secawan, tetapi agak berbaloi. Ais krim perisa stoberi tu, diadun dengan stoberi original dan rasa seperti stoberi yg baru lepas di blend. Mmg sedap. Aiskrim chocolate + mocca ditaburi choc chip pun sgt sedap.. tak terkata.

Jadi, kalo korank singgah kat pasar tani pagi tu, cuba lah rasa?

Dan satu lagi, korank jangan lupa untuk membeli jagung Mutiara yang hanya boleh terdapat di Cameroh Highlands sahaja yea.. rasanya mmg sedap, isinya lembut & manis. Hanya perlu di rebus selama 3-4 minit sahaja. Tapi kali terakhir saya beli ni, saya rasa jagung ni, berangin lah? Kikiki.. apa tak nye, asik terkentut3 aje lepas makan ia.. hahahha.. tapi bukan la sakit perut, cuma rasa angin sahaja..