Tahun ni aje entah berapa kali da panjat dan bermalam kat CH. 25hb hari tu panjat agy dan stay kat De La' Ferns Hotel. Tapi kali ni tak banyak snap gambar pun.
Santai2 di bilik hotel dan jenjalan di pasar. Nak taw? Masa on the wat balik tu beli banyak sayor, sekali leh tertinggal la pulak kat kedai sayor tu (sbb letak sayor situ kejab dan kami jalan2 ke kedai lain). Masa na balik tu, tak peringat nak ambil iye, sobs.
Then malamnya kami mengambil keputusan untuk memakan stimboat sahaja kat kedai yang terletak dibersebelahan hotel ni, sebab nengok orang datang kedai tu tak putus2. Musti sedab kan? Malangnya kedai stimbot tu penuh lahai.. jadi terpaksa la makan di hotel aje. Stimboat di hotel ni tak sedab sangat, boleh la bole~ dari apa pun tabole~
Kat situ ada cafe juga, jual macam2 makanan la, tapi rasa cam tak halal walaw saya tengok ramai je orang bertudung duk ngadab makanan2 situ, tak selera nak memakannya sebab yang sediakan makanan semua nya cha aje kan.. jadi kami decided jalan2 dan singgah di toilet situ je.
Ada jugak kat sini jual souvenir, yang boleh dikatakan murah jugak la.


Post a Comment