Mak aih, penat nye mengemas rumah dan punggah kain baju. Bayangkan 1 minggu berada di Langkawi punya baju, saya terpaksa managed hingga ke hari ini, sighss. Alangkah indahnya kalo ada org gaji kan?
Saya tak suka melihat baju2 yang tidak dilipat dan baju3 yang dilipat pula harus kemas. Jika hancai boncai, saya pasti akan memunggah dan melipatnya semula. Itulah saya. Dan kerana itulah saya mengambil masa yang lama untuk berurusan dengan kain baju tersebut setelah pulang dari Langkawi babe!
Dan hujung minggu ini saya terpaksa ke Batu Gajah, Perak untuk menghadiri satu function di sana. Ehem! Dimana ya? Nanti saya update dengan gambar3 sudah. Ha3. Bulan ini, setiap minggu mmg saya tak lekat di rumah sahaja. Jadi kena la kemas3 dengan tekun baju3 pe semua.. haih haih haih.. letih seyh!
Owh yea, masa maw pulang ke Klang dari Langkawi, saya telah singgah ke Taiping dan bermalam di sebuah hotel baru, namanya SSL Traders Hotel. Ianya merupakan hotel bertaraf 3 bintang, sama seperti Hotel Sri Malaysia. Malangnya bangunannya ialah di area bangunan rumah kedai. Akan tetapi, walaupun malang, ianya sebuah hotel baru dan berkonsepkan konsep modern. Masa saya sampai suda lewat petang dalam kul 7 gitu, jadi bilik sudah penuh! Nasib ada satu bilik lagi, so terpaksa ambil sbb saya pasti sangat3 lain2 hotel di area Taiping situ suda penuh especially Hotel Sri Malaysia.
Ni gambar3 yang sempat saya snap, tade banyak sebab saya snap masa nak balik..
Pemandangan luar nye tade la berapa nak menarik, sbb ianya terletak berhampiran kem tentera, so, terpaksa la pandang kem tentera.. he3.
Selamat Pagi Malaysia!!
Salams..


Post a Comment