Mari Menutup Aurat


.

He3. Sebenarnya, sejak beberapa minggu ni, saya telah membeli beberapa helai baju jubah yang cantik2 dekat kedai3 baju berdekatan dan berjauhan. Ha2. Maklumla kan pesen skank ni pakai jubah aje, tapi bagi saya bukan lah pesen semata, tapi saya suda transfer ke alam satu lagi, iaitu alam menutup aurat sepenuhnya.

Sejak beberapa bulan kebelakangan ini, maksud saya tahun lepas, saya sudah berjanji dengan diri saya untuk menutup aurat dlm erti kata sebenar, maksudnya jika bertudung, labuh hingga ke dada, memakai baju lengkap dan tidak jarang, memakai seluar, tidak ketat, memakai setokin dan sarung tgn jika lengan baju adalah 3/4.

Alhamdulillah, saya telah memenuhi janji saya dengan baik sekali dan saya sangat selesa apabila saya sudah benar2 menutup aurat yang bukan sekadar ala kadar. Ianya satu perubahan yang sangat positif pada diri saya, dan alhamdulillah, Allah telah memberi saya peluang untuk melakukan perkara kebaikan untuk diri saya sendiri, sebelum saya menutup mata.

Memanglah sebelum ni saya juga bertudung dan menutup aurat, tetapi saya masih rasa tidak sempurna contohnya saya tidak berstokin dan bersarung lengan dan anda menjadi sempurna jika segalanya bukan sekadar 'nak tutup aurat' ala kadar.

Anda bagaimana?