Saya Dan Jamu


.

Saya bukan la rajin makan benda3 ni semer, tapi demi kesihatan dan umur saya pun suda lanjut *kof kof* terpaksa la saya mengamalkan mengambil beberapa siri makanan kesihatan, salah satunya yang saya amalkan sejak 10 tahun lalu ialah Jamu / Ma'jun. Saya lebih prefer yang ini sebagai jamu walau ada sesetengah memanggilnya Maajun.

Sebelum ni, saya mengamalkan jamu jenis serbuk yang glamer di pasaran. Tapi sejak saya terbaca di ruangan kesihatan bahawa apa yang tidak terlarut didalam air, boleh memudaratkan buah pinggang, jadi saya berhenti sbb byk sgt bahan terampainya. Lagipun rasanya kurang enak berbanding yg ini.

Jadi saya memilih untuk mengambil jamu seperti yang dibawah. Harganya murah aje, RM13 untuk kegunaan 10 hari .. rasanya pun boleh telan.. sedap. Seriyes. Kebanyakkan org takut namakan jamu ni sebab rasa yang xsedap langsung kan? Yg saya punya ni rasanya sedap, bleh diterima tekak.. makan gitu3 aje selepas makan, sbb ianya pedas sket dlm perut, jadi kalo perut kosong, nanti leh dpt gastrik. Lelaki perempuan pun leh makan je, effek dye sgt pantas dan berkesan. Chwah.. promote pule saye.. cam le saye yg menjualnye.

Jamu cam ni buat sistem dalaman kita lebih lancar, period pun dtg dgn elok dan teratur dan rasa krem perut atau PMS kurang sedikit dari yg biasa. Kulit pun lebih halus dan badan tidak mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan. Hye? Kita kan perempuan.. kena la berwangi2 dan menjaga kecantikan.

Kita org pompuan ni, walau belom kawin ke, da kawin ke, kena la jaga anggota dalaman dan kesihatan. Badan na pakai lama kan? Hihi... jadi amal3kan la jamu atau ubatan tradisional. Tapi jangan ambil lebih3 yea, sebab setiap apa makanan jika kita ambil secara lebihan akan memudaratkan.. :)