Raya ke 5, dari Klang terus ke Kedah bermalam di sana 2 malam. So, boring2 di Kedah, apalagi.. terus la ke Padang Besar. Sampai di sana (selepas beraya di rumah Kak Ta di Kangar, Perlis), dalam kul 3 lebih sudah. Tapi malangnya, hujan pula, lalu saya tak snap apa3 gambar pun di padang besar.
Selalu juga ke Padang Besar ni kalo singgah di Kedah. Syok aje tgk benda3 murah. He3. Sebelum masuk kompleks tu, ada gerai3 jual barang3 dan makanan3 kat bahagian luar, so pun jenjalan la kat situ.. mak aih, byk nya barang3 yg menarik minat mata saya. Nak beli tanak beli.. nak beli ke tanak? Sebab bukan ada kualiti kan.. tapi.. cantik3 pulak. Selepas saya belek3, satu beg ni, harga RM25 je, cantik arh! Geram betul. Ok juga, kualitinya berbaloi la dengan harganya.. made in Thailand la kata kan.. saya pun beli la 3/4 beg sbb mak dan adik pun ndak jugak! cist. Ekkke.. ni la beg nye :
Tali pemegang dye pun lembut, tak macam yg sesetengah tu yg agak keras. Kira nampak kemas la.. bole la, Thai kualiti kan, tahan 5/6 bulan, jadi la. Janji bergaya udah. Dah baju raya saya pun ada warna yg serupa. He3. Besar ni, leh isi batu bata 4 biji.
Then berjalan dalam kompleks, lagi la rambang mata.. yang saya takleh lupa nak beli ialah buah (buah ke? Bukan biji? kekeke) gajus goreng masin kegemaran saya. Kat klang ni tade plak saye penah nampak.. neh dye:
Selalu mereka ada jual bungkusan3 makanan cam ikan bilis, kekadang, keropo3. Dulu mereka jual RM10 untuk 3 pek, skarang mereka jual RM9 je untuk 3 pek. Suda murah? Tapi saya nampak cam peknya pun da kecik.. he3.
Brooch3 pun suda murah3. Tgk Brooch3 yg trendy, sempat gak sambar 10 biji (3 biji RM10) sbb murah3. Cantik3 dan besar3 pula. Kalo kat KL nuh, satu je da RM10. Bukan saya pakai, ske aje bg org3 kalo org dtg umah. Saya pakai brooch yg diperbuat dari emas, sbb kulit saye tatahan dengan nikel atau besi brooch tu. Tu sebab brooch saya tapenah ilang.. sobs..
Hujan spanjang hari kat sana. Geram sbb tak sempat nak snap gambar pown. Tape, len kali sahaja.



Post a Comment